Hadi jalani rawatan susulan di IJN 


Presiden PAS Abdul Hadi Awang pernah dimasukkan ke IJN pada 16 Februari lalu kerana sesak nafas.– Gambar fail The Malaysian Insight, 29 April, 2021.

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), kata pembantunya. 

Setiausaha politik Hadi, Syahir Sulaiman dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook ahli Parlimen Marang semalam menyatakan pemimpin berusia 73 tahun itu menerima rawatan atas nasihat doktor selama beberapa hari. 

Syahir turut meminta semua pihak mendoakan Hadi cepat sembuh untuk beliau terus berkhidmat.

Antara yang turut membalas kenyataan itu adalah bekas perdana menteri Najib Razak. 

Najib dalam postingnya di Facebook mendoakan agar Hadi cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Hadi pernah dimasukkan ke IJN pada 16 Februari lalu selepas mengalami sesak nafas. 

Beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya sebelum dipindahkan ke IJN. – 29 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen