Tuduhan CBT terhadap Najib tidak terpakai, kata peguam 


Hailey Chung Wee Kye

Bekas perdana menteri Najib Razak didapati bersalah atas tujuh pertuduhan berkait dengan dana RM42 juta milik SRC International yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 April, 2021.

NAJIB Razak merupakan “orang luar” SRC International dan bukan “pengarah bayangan” sebagai mana yang didakwa di bawah Seksyen 402A Kanun Keseksaan, kata pasukan peguam bela di Mahkamah Rayuan hari ini.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata hakim perbicaraan tersalah tafsir mengenai definisi “pengarah” dalam peruntukan tersebut.

Ketua peguam pembelaan itu menambah ini adalah “asas” penghakiman atas tuduhan pecah amanah (CBT) terhadap Najib.

Julai lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Ghazali mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan — satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan CBT da tiga pengubahan wang haram  — berkait dengan dana RM42 juta milik SRC International yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad.

Menurut Seksyen 402A Kanun Keseksaan, peguam membaca,“pengarah termasuk mana-mana orang yang menduduki tempat pengarah sesebuah syarikat walau apa pun namanya dipanggil, dan termasuklah seseorang yang bertindak atau mengeluarkan pentunjuk-petunjuk atau perintah-perintah dengan cara dalam mana pengarah-pengarah sesebuah syarikat biasa mengeluarkan atau bertindak dan termasuk seorang pengarah silih ganti atau pengganti, sekalipun ada apa-apa kecacatan dalam perlantikan atau kelayakan orang tersebut.”

Berdasaran itu kata Shafee, Najib pastinya bukan “orang dalam” SRC.

“Seseorang yang bertindak atau mengeluarkan petunjuk-petunjuk atau perintah-perintah dengan cara dalam mana pengarah-pengarah sesebuah syarikat biasa mengeluarkan atau bertindak mestilah orang yang menduduki tempat pengarah sesebuah syarikat walau apa pun namanya dipanggil,” kata Shafee. – 28 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen