Dakwaan Najib salah guna kuasa menyalahi undang-undang, kata Shafee


Hailey Chung Wee Kye

Muhammad Shafee Abdullah berkata mahkamah gagal membuktikan Najib Razak mempunyai kepentingan peribadi semasa pengerusikan mesyuarat Kabinet. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 April, 2021.

MAHKAMAH Tinggi gagal membuktikan Najib Razak mempunyai kepentingan peribadi ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang membincangkan jaminan kerajaan untuk mendapatkan RM42 juta daripada SRC International, kata peguamnya.

Ketua peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata kepentingan kewangan Najib terhadap SRC sama sekali tidak timbul.

Jelasnya, ia berdasarkan fakta pemegangan sahamnya sebagai Menteri Kewangan Diperbadankan pada mula secara tidak langsung, dan selepas itu secara langsung.

“Ini kerana kepentingan yang dimiliki oleh Najib sebagai pemegang saham sesuai dengan kedudukan nominalnya sebagai Menteri Kewangan Diperbadankan dan tidak dipertanggungjawabkan dalam kapasitinya sebagai orang sebenar,” kata Shafee.

Oleh itu, salah satu tuduhan bekas perdana menteri di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah salah dan menyalahi undang-udang, kata peguam itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai tahun lalu mendapati Najib bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Pihak pendakwaan berkata penyertaan Najib dalam mesyuarat Kabinet pada 2011 dan 2012 adalah untuk mendapatkan RM42 juta daripada dana RM4 bilion yang disalurkan kepada SRC melalui Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Peguam berkata secara faktanya Kabinet telah membuat keputusan secara kolektif dan bukannya Najib sahaja. – 27 April, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen