PEMBERONTAK Rohingya hari ini mengaku bertanggungjawab menyerbu pasukan keselamatan Myanmar hingga menyebabkan beberapa orang tercedera di Rakhine, serangan pertama dalam tempoh beberapa minggu di wilayah bergolak itu.
Rakhine mendapat perhatian sejak Ogos tahun lalu apabila beberapa serbuan menyebabkan pasukan tentera membuat serangan balas keganasan hinggakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ia pembersihan etnik minoriti Islam Rohingya.
Kempen tentera itu menyebabkan 650,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh di mana pelarian terpaksa berdepan risiko dirogol, dibunuh dan dibakar oleh pasukan keselamatan dan penjahat.
Pasukan tentera Myanmar yang mengawal ketat maklumat mengenai Rakhine, menafikan sebarang salah laku dan bertegas serangan itu sebagai respons untuk memerangi ancaman pengganas.
Kebangkitan itu dikenali sebagai Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA), melancarkan beberapa serangan dalam tempoh beberapa bulan ini.
Tetapi tentera melaporkan kira-kira 10 militan Rohingya menyerang sebuah kereta dengan bom buatan tangan dan senjata api pada pagi Jumaat lalu, menyebabkan dua pegawai dan pemandu mereka cedera.
Militan mengaku bertanggungjawab terhadap serbuan itu dalam satu status di akaun Twitter hari ini.
“ARSA mengaku melakukan serbuan terhadap tentera pengganas Burma pada 10 pagi 5 Januari, 2018.”
Tetapi kenyataan itu tidak memberikan butiran lanjut tentang serangan di utara bandar Maungdaw itu. – AFP, 7 Januari, 2018.
Komen