HUKUMAN ke atas bekas pegawai polis Amerika Syarikat (AS) Derek Chauvin yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh lelaki kulit hitam George Floyd akan dijatuhkan pada 16 Jun.
Chauvin,45, yang menekan lututnya pada leher Floyd selama kira-kira sembilan minit, berdepan hukuman pejara 40 tahun selepas didapati bersalah atas semua tuduhan pembunuhan darjah kedua dan ketiga pada Selasa.
Rakaman video perlakuan Chauvin itu tersebar dan mencetus protes besar-besaran di AS dan seluruh dunia.
Dalam video berkenaan Floyd, 46, yang ketika itu bergari ketika lehernya ditekan, berulang kali berkata beliau tidak boleh bernafas.
Rabu lalu Jabatan Kehakiman AS umum akan menjalankan siasatan terhadap polis Minneapolis terhadap dakwaan pihak berkuasa itu secara sistematik menggunakan kekerasan yang melampau. – AFP, 24 April, 2021.
Komen