POLIS menahan lima lelaki termasuk seorang warga asing, dan merampas minuman keras serta rokok dianggarkan bernilai RM50,000 yang disyaki barang seludup, selepas menyerbu dua kediaman di Sendayan di Seremban, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada kira-kira pukul 8.35 malam.
“Semua suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun disyaki menjalankan perniagaan minuman keras dan rokok seludup,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam.– Bernama, 23 April, 2021.
Komen