Bot pelarian karam di Libya, 25 dipercayai lemas


Bot itu membawa lebih 150 penumpang, lapan mayat sudah ditemui dan 85 berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali. – Gambar AFP, 6 Januari, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA 25 dikhuatiri mati lemas, selepas bot getah yang dipercayai membawa lebih 150 orang pendatang karam di perairan Libya, kata dua organisasi menyelamat hari ini.

“Bot getah itu tenggelam di utara Tripoli. Sekurang-kurangnya 25 mati dalam kejadian itu, jumlah sebenar masih tak dapat diketahui. Tentera laut Itali berada di tempat kejadian,” kata badan sukarela Jerman, Sea Watch menerusi akaun Twitternya.

Pegawal pantai Itali memberitahu AFP yang 85 orang sudah diselamatkan, dan lapan mayat sudah ditemui. – AFP, 6 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen