Bekas presiden Toyota meninggal dunia


Tasuro Toyoda adalah individu bertanggungjawab membantu gergasi automotif Jepun itu bertapak di Amerika Utara meninggal dunia pada usia 88 tahun. – Gambar AFP, 6 Januari, 2018.

BEKAS Presiden Toyota, Tasuro Toyoda yang bertanggungjawab membantu gergasi automotif Jepun itu bertapak di Amerika Utara meninggal dunia pada usia 88 tahun, kata syarikat itu hari ini.

Toyoda, bapa saudara kepada CEO Toyota sekarang, Akio Toyoda meninggal kerana radang paru-paru pada 30 Disember lalu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Upacara pengebumiannya sudah diadakan dan dihadiri saudara mara terdekat, tetapi Toyota mengatakan mereka merancang mengadakan sebuah lagi majlis untuk orang awam.

Toyoda menyertai syarikat itu- diasaskan oleh ayahnya Kiichiro Toyoda- pada 1953 dan menjadi presiden pertama syarikat dibentuk bersama Toyota dan General Motors pada 1984.

Syarikat kerjasama bertempat di California itu adalah sebahagian daripada agenda Toyota meningkatkan pengeluaran dan pemilikannya di pasaran Amerika Utara. Kilang itu mengeluarkan hampir 8 juta kenderaan sebelum ditutup pada 2010, menurut syarikat itu lagi.

Toyoda adalah presiden Toyota antara 1992 hingga 1995. – AFP, 6 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen