RUSUHAN tercetus antara penduduk Mesir dan polis hari ini diluar sebuah balai polis di Kaherah selepas seorang pemuda mati dalam tahanan, kata sumber keselamatan.
Sembilan orang cedera dan 20 orang ditahan pada rusuhan malam hari di kawasan golongan kelas pekerja di Moqattam, Kaherah, katanya.
Sumber keselamatan mengatakan pemuda itu yang dinamakan Afroto ditahan pada Jumaat kerana dakwaan pengedaran dadah terbunuh selepas pergaduhan ganas dengan tahanan lain.
Tetapi perusuh mendakwa polis bertanggungjawab. Mereka membakar tayar dan kereta berhampiran balai polis, menyebabkan pasukan bomba terpaksa masuk campur memadamkan kebakaran.
Keadaan menjadi tenang di Moqattam pada pagi tadi selepas ketua keselamatan Kaherah berjanji siasatan akan dijalankan dan tidak akan menyembunyikan sekiranya wujud penglibatan polis.
Pendakwa raya sudah memerika mayat dan mengarahkan bedah siasat dijalankan.
Mesir sudah mendakwa dan menjatuhkan hukuman kepada beberapa anggota polis kerana kematian tahanan sejak beberapa tahun lepas.
Kumpulan hak asasi berulang kali mendakwa wujudnya seksaan yang menyebabkan kematian tahanan.
Kementerian Dalam Negeri Mesit berkata mereka tidak menyokong seksaan tahanan tetapi tidak menafikan wujudnya beberapa kes penderaan yang terpencil.
Kekejaman polis mencetuskan kebangkitan rakyat pada 2011 yang menjatuhkan dictator Hosni Mubarak dan menyebabkan ketidakstabilan politik di negara itu. – AFP, 6 Januari, 2018.
Komen