MCA intai 15 kerusi Parlimen pada PRU15, kata sumber 


Khoo Gek San

MCA yakin mempunyai peluang baik untuk memenangi kerusi berkenaan dengan bantuan Umno dan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 April, 2021.

MCA mengenal pasti 15 kerusi Parlimen yang bileh dimenangi pada pilihan raya umum akan datang, kata sumber parti.

Kerusi berkenaan adalah Ayer Itam, Tanjung Piai, Labis, Tebrau, Alor Star, Bentong, Tanjung Malim, Wangsa Maju, Alor Gajah, Bandar Tun Razak, Gopeng, Padang Serai, Raub, Teluk Intan dan Seremban.

Daripada 15 kerusi berkenaan, dua disandang oleh parti itu - Ayer Hitam yang disandang oleh presiden parti Dr Wee Ka Siong dan Tanjung Piai yang dimenangi oleh Wee Jeck Seng pada pilihan raya kecil 2019.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight 15 kerusi berkenaan dipilih berdasarkan prestasi MCA pada PRU14.

Menurut sumber, dengan bantuan Umno dan PAS, MCA mempunyai peluang baik untuk memenangi kerusi berkenaan.

“Dalam mana-mana kes, kita perlu lihat sama ada wujud pertembungan tiga penjuru. Jika satu lawan satu dengan Pakatan Harapan, MCA ada peluang untuk menang,” kata sumber parti.

Minggu lalu pusat kajian MCA, Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Polisi (INSAP) telah menjalankan kaji selidik di Bentong, Raub, Segamat, Yong Peng, Pekan Nanas, Alor Gajah, Tanjung Malim dan Alor Setar.

Kecuali kerusi Parlimen Ayer Hitam dan Tanjung Piai, MCA bergantung kepada Bersatu, Umno dan PAS di Tanjung Malim, Raub, Bentong, Kuantan, Wangsa Maju, Alor Gajah, Bandar Tun Razak dan Padang Serai.

MCA juga berharap untuk menawan semula bekas kerusi Gerakan, Teluk Intan yang dimenangi Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming pada pilihan raya lalu.

Sumber berkata bahagian MCA sudah memberikan senarai calon kepada jawatankuasa pusat.

“Parti mahu meletakkan Chua Tee Yong sekali lagi di Labis. Beliau tewas kepada veteran DAP Pang Hock Liang dengan 3,408 undi pada PRU14,” kata sumber.

Walaupun Chua kurang menonjol sejak kehilangan kerusi berkenaan, anak kepada bekas presiden parti Dr Chua Soi Lek dilaporkan aktif di kawasan Parlimen Labis.

Terdapat khabar angin dalam masyarakat Cina yang mengatakan bekas presiden Liow Tiong Lai juga akan kembali bertanding di Bentong.

Liow, yang turut tewas kepada Barisan Nasional pada 2018, kalah kepada calon DAP Wong Tack hanya 2,032 undi.

Di Bentong, 46.5% adalah pengundi Melayu adalah 46.5%, pengundi Cina 41.56% dan pengundi India 9.16%. Peratusan keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu adalah 83.4%.

Selain daripada Chua dan Liow, Setiausaha Agung Chong Sin Woon dijangka akan bertanding di Raub manakala naib presiden Ti Lian Ker turut mengintai kerusi.

MCA hanya memenangi satu kerusi Parlimen dan dua kerusi negeri daripada 39 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri yang ditandingi pada PRU14. Ia memenangi kerusi Parlimen tambahan pada pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Prestasi terbaik parti Cina itu adalah pada pilihan raya 1995, yang mana ia memenangi 34 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri. – 21 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen