Arab Saudi mula perkenalkan GST, umum bantuan kepada rakyat


Kebanyakan rakyat Arab Saudi bekerja dengan kerajaan, dan seperti banyak negara di rantau teluk kaya minyak itu menerima faedah besar daripada sistem kebajikan. Tetapi kejatuhan harga minyak menyaksikan negara teluk itu mula mengambil langkah berjimat bagi mengurangkan kesan termasuk memperkenalkan GST. – Gambar AFP, 6 Januari, 2018.

ARAB Saudi hari ini mengumumkan penambahan bantuan dan faedah kepada rakyatnya bagi membantu mengurangkan kesan reformasi ekonomi termasuklah cukai pertama diperkenalkan kerajaan negara itu selepas kejatuhan harga minyak.

Kebanyakan rakyat Arab Saudi bekerja dengan kerajaan, dan seperti banyak negara di rantau teluk kaya minyak itu menerima faedah besar daripada sistem kebajikan.

Selepas pasaran minyak dunia jatuh teruk pada 2014, Arab Saudi dan negara jirannya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkana cukai barangan dan perkhidmatan 5% yang berkuatkuasa tahun ini.

Dalam tindakan yang bertujuan “mengurangkan kesan reformasi ekonomi di Saudi,” Raja Salman mengeluarkan titah diraja pada Jumaat mengarahkan pemberian 1,000 riyal (AS$265) sebagai elaun bulanan kepada anggota tentera dan penjawat awam selama setahun.

Elaun untuk pelajar pula akan ditingkatkan sebanyak 10 peratus, kata kenyataan rasmi itu.

Negara teluk itu sebelum ini merupakan negara bebas cukai dan menjadi kesukaan isi rumah berpendapatan tinggi dan pekerja asing yang kerap kali menghantar wang gaji mereka untuk keluarga di negara asal masing-masing.

Tetapi banyak negara di rantau itu telah mula memperkenalkan langkah berjimat cermat sejak dua tahun lalu bagi meningkatkan pendapatan dan memotong belanja ketika kejatuhan harga mintak menyebabkan defisit bajet meningkat mendadak.

Arab Saudi juga menggiatkan usaha untuk meningkatkan tahap tenaga kerja rakyatnya.

Kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Saudi berumur antara 15 hingga 24 tahun berada pada kadar 32.6% tahun lepas, menurut Organisasi Buruh Antarabangsa.

Ekonomi Arab Saudi juga mengalami kejatuhan ekonomi pada 2017 buat pertama kali dalam masa lapan tahun disebabkan langkah berjimat cermat yang melampau.

Bajet tahun ini pula mengurangkan perbelanjaan untuk negara itu, langkah yang diambil untuk mengembalikan pertumbuhan positif ekonomi.

Di bawah titah diraja yang dikeluarkan Jumaat itu, tentera yang berkhidmat di sempadan Yaman yang merupakan sekutu Arab Saudi dalam perang menentang pemberontak Syiah akan menerima bonus sebanyak 5,000 riyal (AS1,333)

Negara itu juga akan menampung cukai pembelian rumah pertama rakyatnya sehingga 850,000 riyal (AS$227,000).

Kenyataan itu berkata tindakan itu berdasarkan “maklumat diberikan” Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang merupakan putera raja paling berkuasa di negara itu ketika ini.

Cukai pendapatan masih tidak dikenakan cukai. – AFP, 6 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen