Permaisuri Agong nyah aktif akaun Instagram selepas dakwaan terima vaksin


Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Instagramnya dua hari selepas didakwa menerima vaksin Sinopharm Covid-19 yang tidak diluluskan di luar negara. – Gambar EPA, 19 April, 2021.

RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyahaktifkan akaun Instagramnya dua hari selepas didakwa menerima vaksin Sinopharm Covid-19 yang tidak diluluskan di luar negara.

Pengikut akaun Permaisuri Agong, @airtangan_tunkuazizah mendapati akaun itu sudah dinyah aktif.

Masih belum jelas mengapa Tunku Azizah berbuat demikian, namun spekulasi mengatakan bahawa beberapa pengikut mempersoalkan berhubung dakwaan baginda menerima vaksin berkenaan.

Ini bukan kali pertama Permaisuri Agong menyahaktifkan akaun Instagramnya.

Pada 2019, baginda menyahaktifkan akaun Twitternya yang kemudian menyebabkan laporan polis, siasatan dan tangkapan dibuat terhadap mereka yang membuat penghinaan serta komen menghasut.

Tunku Azizah mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di Instagramnya. – 19 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen