Laporan Asia Sentinel salah, kata doktor didakwa guna vaksin Sinopharm


Vaksin Sinopharm buatan China belum mendapat kelulusan kerajaan untuk digunakan di negara ini. – Gambar AFP, 19 April, 2021.

DOKTOR yang didakwa dalam Asia Sentinel sebagai salah seorang yang dikatakan mengendalikan suntikan vaksin Sinopharm yang tidak diluluskan kepada Yang di-Pertuan Agong, keluarganya dan rakannya, menafikan laporan itu.

Dr Hanafiah Harunarashid dari Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HUKM) berkata di Twitter beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan berkaitan berita itu kerana ia tidak benar.

“Saya maafkan kepada mereka yang mentohmah dan membuat andaian salah (dalam artikel berkenaan).

“Tidak ada apa yang hendak saya katakan kerana ia tidak benar. Semoga Allah menerima amalan kita semua,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons tweet sebelum itu daripada rakannya, Dr Rafidah Abdullah.

Dr Rafidah mengecam Asia Sentinel kerana menuduh Dr Hanafiah dan Dr Zulkarnain Ishmail dari Hospital Gleneagles kerana memberikan suntikan vaksin Sinopharm buat China yang tidak diluluskan kepada Yang di-Pertuan Agong, ahli keluarganya dan rakan rapat.

Asia Sentinel turut melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dikatakan mengarahkan serbuan dibuat di pejabat kedua-dua doktor terbabit, dan vaksin ditemui dalam simpanan Zulkarnain.

Ia susulan Dr Noor Hisham difahamkan Kementerian Kesihatan diarahkan mengeluarkan buku kuning untuk menunjukkan seseorang itu sudah disuntik vaksin dan mungkin membenarkan mereka ke negara yang menerima buku berkenaan.

Dr Noor Hisham dikatakan menghalangnya susulan ia adalah perbuatan jenayah kerana vaksin China belum mendapatk kelulusan kerajaan, kata laporan itu.

Semalam, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menolak laporan Asia Sentinel, menyifatkan ia tidak berasas. – 19 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen