Dr Mahathir akan serah jawatan kepada Mukhriz bukan Anwar, kata pemimpin Gerakan 


Low Han Shaun Liow Sze Xian

Presiden Gerakan Mah Siew Keong (dua kiri) bersama pimpinan parti itu ada perhimpunan bersama Gerakan dan MCA yang diadakan di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Januari, 2018.

PENGERUSI Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad tidak akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada ketua de facto PKR Anwar Ibrahim, kata presiden Gerakan Mah Siew Keong.

Berdasarkan pada kebuntuan Pakatan Harapan untuk mengumumkan calon perdana menterinya, Mah berkata jawatan perdana menteri itu hanya akan diberikan kepada anaknya, Mukhriz apabila mempunyai peluang.

“Mereka mengatakan Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri interim, dan selepas itu ia diserahkan kepada Anwar. Tetapi Anwar dipenjarakan oleh Dr Mahathir, jadi kamu fikir bila Dr Mahathir jadi perdana menteri, beliau akan serahkan kepada Anwar? Beliau akan serahkan kepada anaknya,” kata menteri perusahaan peladangan dan komoditi di Wisma MCA hari ini. 

Dr Mahathir dan presiden PH dicadangkan sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri selepas pertemuan PH bulan lalu. 

Cadangan itu bagaimanapun masih belum dimuktamadkan berikutan PKR masih belum menyatakan persetujuan mereka.  

PH berkata, ia berharap untuk mengumumkan calon pada konvensyen keduanya di Shah Alam esok. 

Mah turut menyelar DAP dan berkata parti itu telah berbohong kepada masyarakat Cina untuk percaya Dr Mahathir boleh membawa perubaan kepada negara. 

“Pembangkang boleh menang dua kali sebelum ini pada pilihan raya umum…kerana pembangkang pada 2008 dan 2013 sentiasa mengkritik Dr Mahathir dan mengatakan beliau korup dan tamak.

“Pada masa itu, mereka tidak berhenti mengkritik. Tetapi kini DAP memberitahu kamu sekiranya mahu selamatkan negara, kamu kena bergantung kepada Dr Mahathir. 

“Sama seperti sebelum ini mereka beritahu masyarakat Cina, kalau kamu mahu selamatkan negara kamu perlu bergantung kepada PAS, berapa kali kamu mahu kena tipu?” katanya. 

Tambah Mah DAP dalam tempoh sepuluh tahun lalu sudah membuang “kejujuran, prinsip, pendirian dan moral” mereka dalam penambakan tanah di Pulau Pinang. 

DAP gagal menjaga alam sekitar, gagak menjaga rakyat yag tinggal berhampiran bukit, gagal mendedahkan pencemaran di Sungai Lembu, gagal membawa ekonomi Pulau Pinang dengan lebih bertanggungjawab, DAP telah gagal, gagal dan gagal. 

“Selepas 10 tahun apa yang mereka katakan hanyalah kejayaan mereka menjalankan tanggungjawab,” katanya. 

Mah berkata dmeikian ketika berucap pada perhimpunna gabungan bersama MCA-Gerakan dan presiden MCA Liow Tiong Lai turut mengumumkan program ke seluruh negara bagi menjelaskan rancangan TN50 kepada rakyat Malaysia. 

“Selepas ini, MCA dan Gerakan akan ke seluruh negara untuk menyebarkan maklumat seperti pencapaian kita kepada akar umbi dan memberikan gambaran jelas kepada rakyat,” katanya. – 6 Januari, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen