Bergelut identiti ‘kecinaan’, DAP tidak hilang undi, kata penganalisis


Angie Tan

Secara idealnya, identiti Cina dan identiti rakyat Malaysia tidak boleh wujud bersama, tetapi dalam realiti politik, terpaksa pilih mana untuk dijadikan keutamaan, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 April, 2021.

PERCANGGAHAN dalam DAP antara ahli berpendidikan Inggeris dan mereka yang bertutur dalam bahasa Cina, menjadi makin jelas baru-baru ini apabila Adun Sg Pelek Ronnie Liu membuat kritikan terbuka tentang parti itu.

Tetapi penganalisis percaya keadaan berkenaan tidak akan menjejaskan parti majmuk yang diketuai Cina itu terutama dalam aspek undi.

Liu, yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, dikecam kerana mengkiritik cubaan parti itu menarik lebih ramai ahli dan undi Melayu, mendesak supaya DAP tidak mencairkan “kecinaannya”.

Kritikannya itu menerima kecaman daripada rakan dalam parti termasuk Anthony Loke, Hannah Yeoh dan Tony Pua, malah pandangannya itu ditolak oleh veteran parti Lim Kit Siang. Pengkritik Liu komited kepada kepelbagaian bangsa DAP dan identiti rakyat Malaysia untuk semua.

Perbalahan berkenaan jenis identiti DAP bukannya perkara baru, tetapi ia jarang ditampilkan dalam berita aliran perdana, kata penganalisis.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Hew Wai Weng berkata memang sudah dijangkakan parti seperti DAP akan mencari identitinya.

“Sudah dijangka DAP akan berdepan kontroversi seperti itu. Ia berada dalam kerajaan sekejap, dan sudah pasti ia tidak mahu terus kekal sebagai parti pembangkang. Jadi isu identiti ini aka nada,” katanya.

Beliau berpendapat untuk kekal berkuasa dan berada dalam kerajaan, DAP tidak ada pilihan dan terpaksa mengurangkan “kecinaannya” dan mengambil kedudukan lebih neutral dalam masyarakat majmuk.

“Secara idealnya, identiti Cina dan identiti rakyat Malaysia tidak boleh wujud bersama, tetapi dalam realiti politik, anda terpaksa pilih yang mana untuk dijadikan keutamaan, putuskan apa kompromi yang boleh dibuat, dan anda perlu terus kekal komited bagi isu apa.”

Sebelum ini, Hew berkata DAP juga membenarkan penyokongnya mengkritik MCA, parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) untuk parokialisme Cina, dan jika DAP mengguna pakai strategi itu untuk mengekalkan “kecinaannya”, ia akan gagal dengan sendirinya.

Hew berkata gambara lebih besar ialah bagaimana DAP menyelesaikan pencariannya untuk identititi rakyat Malaysia juga mencerminkan bagaimana Cina di Malaysia perlu menerima hakikat negara ini majmuk dan ia didominasi Melayu Islam. – 15 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen