Azerbaijan hantar pulang pelarian Karabakh pada 2022


Sebahagian daripada pelarian di wilayah Nagorno-Karabakh yang dipindahkan susulan peperangan yang menyebabkan Baku hilang kawalan ke atas penempatan warga Armenia.– Gambar EPA, 14 April, 2021.

AZERBAIJAN pada Rabu berkata akan memulakan pada 2022 penghantaran pulang pelarian di wilayah Nagorno-Karabakh dan wilayah sekitarnya yang ditawan semula tahun lalu dari puak pemisah Armenia. 

Kira-kira 750,000 warga Azerbaijan dipindahkan selepas Baku hilang kawalan ke atas kawasan penempatan majoriti Armenia di wilayah Nagorno-Karabakh dan tuju daerah pada 1990 dalam peperangan dengan puak pemisah Armenia susulan perpecahan Kesatuan Soviet. 

Konflik di daerah berkenaan kembali memuncak pada September yang meragut kira-kira 6,000 nyawa. 

Peperangan tamat selepas enam minggu apabila Rusia menganjurkan gencatan senjata yang menyaksikan Yerevan menyerahkan wilayah ke Baku.

Pada Rabu, Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata beliau berharap penghantaran pulang mereka yang dipindahkan ke wilayah asal mereka akan bermula tahun depan.

Menurutnya, kerka-kerja membersihkan periuk api dan membaiki infrastruktur yang musnah dalam peperangan sedang dijalankan. – AFP, 14 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen