Najib buat SRC International macam mesin ATM, kata pendakwa


Hailey Chung Wee Kye

Bekas perdana menteri Najib Razak hadir ke Mahkamah Rayuan mendengar prosiding rayuannya mengetepikan sabitan dan hukuman berkaitan kes SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 14 April, 2021.

TERDAPAT banyak bukti menunjukkan Najib Razak ada kepentingan peribadi dalam SRC International dan membuatnya seperti mesin juruwang automatik (ATM), kata pendakwa raya V. Sithambaram di Mahkamah Rayuan hari ini.

“Pemohon menyokong penubuhan SRC International bagi tujuan khas sebelum ia dimiliki sepenuhnya oleh 1MDB,” katanya.

Beliau berkata Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan untuk mendakwa Najib sebagai pemohon menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya untuk kepentingan peribadi.

Peguam bela semalam menolak pertuduhan dikenakan terhadap anak guam mereka kerana ia prejudis dan tidak ada bukti rasuah.

Pihak pendakwa berkata bekas perdana menteri itu sebagai ketua Kabinet sengaja dan meluluskan dua jaminan kerajaan diberikan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) sebagai pinjaman RM4 bilion kepada SRC International.

Pada perbincaraan kes SRC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Bekas timbalan ketua setiausaha Kabinet, Mazidah Abdul Majid dalam keterangannya berkata Najib secara peribadi terbabit dalma membuat keputusan mesyuarat Kabinet untuk meluluskan pinjaman KWAP.

Sithambaran memberitahu Hakim Mahkamah Rayuan Abdul Karim Abdul Jalil – yang mengetuai panel tiga hakim iaitu Has Zanah Mehta dan Vazeer Alam Mydin Meera – kehadiran Najib dalam mesyuarat menunjukkan kepentingan peribadi.

“Dengan hadir pada mesyuarat Kabinet, ahli Kabinet yang lain tidak dapat membuat keputusan secara bebas berkenaan jaminan kerajaan itu kerana pemohon dalam kes ini adalah pegawai atasan mereka.” – 14 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen