Seorang maut insiden tembakan di sekolah di Tennessee


Seorang terbunuh dan seorang pegawai polis cedera dalam insiden tembahan di sebuah sekolah menengah di Tennessee semalam. – Gambar EPA, 13 April, 2021.

SEORANG terbunuh dan seorang pegawai polis cedera dalam insiden tembahan di sebuah sekolah menengah di Tennessee, Amerika Syarikat semalam, kata polis.

Polis bandar Knoxville berkata mangsa tembakan dilaporkan di Sekolah Menengah Austin-East Magnet.

Pegawai polis bertindak atas laporan berkenaan seorang lelaki yang bersenjata berada di sekolah itu, kata jabatan polis Knoxville.

“Lelaki terbabit dihampiri, tetapi tembakan dilepaskan. Seorang anggota polis cedera ditembak dan sedang dirawat di hospital.

“Seorang lelaki dilaporkan mati di tempat kejadian sementara seorang lagi ditahan untuk siasatan lanjut.”

Pihak berkuasa mengarahkan keluarga pelajar berkumpul di stadium berhampiran sekolah.

“Bangunan sekolah dikawal dan pelajar yang tidak terbabit dalam insiden itu dibenarkan pulang bersama keluarga masing-masing,” kata polis. – AFP, 13 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen