Badan pemantau antirasuah gesa adakan RUU pembiayaan dana politik


Ravin Palanisamy

C4 berkata ahli politik menggunakan yayasan untuk memperkayakan diri sendiri, keluarga dan kroni. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 April, 2021.

RANG undang-undang pembiayaan dana politik diperlukan bagi mencegah ahli politik menggunakan yayasan bagi memperkayakan diri sendiri, keluarga dan parti politik mereka, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Ketika melancarkan laporannya “Foundation and Donations: Political Financing, Corruption, and the Pursuit of Power”, ahli ekonomi politik dan ahli lembaga pengarah C4 Edmund Terence Gomez berkata yayasan dimaksudkan untuk membiayai program sosial dan kemasyarakatan.

Namun, beliau berkata dengan sedikit perhatian, individu yang tidak bertanggungjawab telah mempergunakan sistem ini untuk memperkayakan diri mereka sendiri.

“Ahli politik menggunakan yayasan sebagai saluran untuk mendapatkan sumbangan dan rasuah dari hartawan dan syarikat perniagaan, di mana pemberian sumbangan untuk orang miskin digunakan untuk membayar perbelanjaan peribadi atau aktiviti parti,” kata Gomez.

Yayasan berada di bawah bidang kuasa dua agensi awam.

Yayasan yang berfungsi sebagai organisasi bukan untung dipantau oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), sementara yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Gomez berkata, terdapat kelemahan dalam sistem ini bila berbicara tentang yayasan di mana, secara semula jadi mereka berada di bawah kawalan peribadi orang politik, nepotisme melalui yayasan keluarga serta penyalahgunaan kuasa boleh digunakan untuk mengelak undang-undang.

“Yayasan boleh dengan jelas berfungsi sebagai alat untuk mengumpulkan dana secara besar-besaran sepanjang tempoh kempen dan bukan kempen kerana mereka jauh dari pandangan institusi pilihan raya dan pengawasan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Tidak ada undang-undang untuk memastikan sumbangan ke yayasan yang terkait dengan politik didedahkan secara terbuka. Tidak ada syarat bagi yayasan untuk secara terbuka menyatakan sumbangan mereka kepada parti politik atau ahli politik.

“Undang-undang semasa yang mengawasi pembiayaan kempen selama pilihan raya umum dan negeri, serta pilihan raya parti, tidak melihat aliran dana dari yayasan, baik yang dimiliki oleh kerajaan persekutuan dan negeri, syarikat, keluarga atau individu.

“Dan tidak ada pendedahan mengenai penaja yayasan ini dan bagaimana dana disalurkan oleh mereka kepada parti atau ahli politik,” katanya. – 12 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen