PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak harus takut jika dakwaan rakaman perbualan telefon yang dikatakan membabitkan mereka tidak benar, kata Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.
Hamzah berkata kedua-dua pemimpin politik itu juga perlu membuat laporan polis sekiranya benar perbualan telefon mereka dirakam.
“(Rakaman panggilan telefon) itu isu lain. Kalau dia kata ya (perbualan dirakam), sekarang betulkah ia ‘tapping’ (dirakam)?
“Dua-dua mereka kata tidak, jadi kesalahannya apa? Kalau benda tak betul mana ‘tapping’?
“Saya tak faham mereka, takut dengan perkara betul? Kalau betul, isunya kenapa tapping? Ini isunya apa… saya tak faham,” kata Hamzah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi meja bulat berkenaan penggunaan kalimah Allah di Putrajaya, hari ini.
“Kalau kamu telefon, kemudian nak suruh orang lain buat laporan (polis), kamulah yang buat laporan.
“Yalah, buat apa orang lain nak buat laporan polis,” katanya.
Rakaman perbualan didakwa antara Anwar dan Zaid berkenaan tular selepas Umno selesai mengadakan perhimpunan agung tahunan pada hujung bulan lepas.
Rakaman itu didakwa menunjukkan terdapat perancangan mencorakkan persidangan berkenaan.
Anwar dan Zahid bagaimanapun menafikan perkara itu.
Persidangan PAU memberikan mandat kepada presiden dan anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno menentukan tarikh dan masa menarik diri dari menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perwakilan turut memutuskan untuk Umno menolak sebarang kerjasama dengan Anwar dan DAP serta Bersatu. – 12 April, 2021.
Komen