Raja Jordan dan Putera Hamzah muncul bersama selepas krisis diraja


Raja Jordan Abdullah II dan saudara tirinya, Hamzah bin Al-Hussein, dilihat muncul bersama-sama di khalayak umum buat julung kali selepas hubungan keluarga diraja itu kembali pulih. – Gambar EPA, 10 April, 2021.

RAJA Jordan Abdullah II dan saudara tirinya, Hamzah bin Al-Hussein, dilihat muncul bersama-sama di khalayak umum buat julung kali selepas hubungan keluarga diraja itu kembali pulih, lapor Sputnik memetik kenyataan pejabat istana.

Menurut kenyataan itu, Raja Abdullah II dan anakandanya Putera Mahkota Hussein bersama Putera Hamzah dan kerabat diraja yang lain menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Amman sempena tahun kemerdekaan ke-100 negara itu.

Pergolakan muncul dalam keluarga diraja setelah beberapa pegawai peringkat tinggi ditahan atas kesalahan keselamatan pada awal April. Bekas putera mahkota, Hamzah bin Al-Hussein, pada 4 April berkata beliau berada dalam tahanan rumah. Menurut pihak berkuasa Jordan Hamzah dan dua pegawai lain telah menghubungi perisik asing dengan tujuan untuk menggugat kestabilan negara.

Pada 5 April  mahkamah diraja Hashemite berkata Hamzah telah memberikan sumpah taat setianya kepada Raja Abdullah II. Pada Rabu, kerajaan negara itu berkata isu berkenaan sudah selesai. – Bernama, 10 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen