13 maut dalam tragedi bot karam kedua di Indonesia 


Bot yang terbalik ketika dalam perjalanan dari bandar Tarakan ke Tanjung Selor di kepulauan Borneo yang menyebabkan sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh pada 1 Januari lalu. – Gambar EPA, 5 Januari, 2018.

SEKURANG-kurangnya 13 orang maut selepas bot yang membawa penumpang terbalik di perairan kepulauan Sumatera, dua hari selepas satu lagi kemalangan bot di kepulauan berkenaan yang menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh, kata polis pada Jumaat. 

Bot yang membawa 55 orang penumpang di Sungai Musi itu dilanda ombak besar sebelum karam berikutan cuaca buruk pada Rabu, menurut ketua polis marin Indonesia, Robinson Siregar.

Beliau berkata, polis masih mencari kapten bot berkenaan yang dilaporkan selamat namun menghilangkan diri. 

“Pembantunya kini ditahan untuk siasatan bagi menentukan sama ada berlaku kemalangan akibat cuaca buruk atau kecuaian oleh kru bot berkenaan,” kata Siregar.   

Mayat ditemui di sepanjang tebing sungai berkenaan, yang mana salah satu mayat ditemui penduduk tempatan dalam jarak satu jam berjalan kaki dari lokasi kejadian. 

Ia merupakan tragedi terbaharu di perairan kepulauan Indonesia, yang bergantung kepada bot untuk mengangkut penumpang sekitar 17,000 pulaunya, namun mempunyai tahap keselamatan yang kemas. 

Pada hari Tahun Baharu, sekurang-kurangnya sembilan orang maut selepas bot penumpang terbalik ketika dalam perjalanan darri bandar Taraka ke Tanjung Selor di kepulauan Borneo. 

Pada Julai tahun lalu, lapan orang lemas dalam kemalangan bot di laluan yang sama. 

Pada hari Tahun Baharu 2016, sekurang-kurangnya 23 orang maut selepas bot yang membawa pelancong dari Jakarta terbakar. 

Ia membawa 250 pelancong tempatan yang mahu meraikan Tahun Baharu di Pulau Tidung, dekat Jakarta. – AFP, 5 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen