PERTANDINGAN terbuka separa maraton sempena sambutan kira detik 300 hari menjelang perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing diadakan di Taman Sungai Wenyu, Beijing pada Sabtu.
Di Beijing, Taman Sungai Wenyu juga dikenali sebagai “paru-paru hijau”.
Pertandingan itu menggabungkan pelbagai aspek seperti budaya, riadah, sukan dan sebagainya untuk penggemar aktiviti maraton di bandar ini.
Kejohanan itu berjaya menarik penyertaan kira-kira 800 peminat aktiviti sukan berkenaan.
Pengunjung turut berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara yang akan berlangsung pada olimpik dan paralimpik menerusi maklumat dipaparkan di papan tanda yang dipasang pihak penganjur.
Atlet Lu Shilin berjaya merangkul pingat emas dalam kategori lelaki dengan catatan masa 1 jam 12 minit 18 saat, manakala Yang Mengqi, juara kategori wanita dengan catatan masa 1 jam 26 minit 22 saat. – Bernama, 11 April, 2021.
Komen