Arab Saudi pintas peluru berpandu dekat sempadan Yaman 


Pemberontak Huthi yang mengisytiharkan perang terhadap Arab Saudi dan sekutunya mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu. – Gambar EPA, 5 Januari, 2018.

ARAB Saudi pada Jumaat memintas peluru berpandu balistik yang disasarkan ke negara itu berhampiran sempadan Yaman, lapor media negara terbabit beberapa jam selepas pemberontak Yaman melancarkan serangan. 

Pemberontak Huthi yang mengisytiharkan perang terhadap Arab Saudi dan sekutunya, dalam satu kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Al-Masirah berkata mereka melancarkan peluru berpandu di barat daya wilayah Najran di Arab Saudi.

Pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu berkenaan di ruang udara Najran, menurut laporan Al Ekhbariya TV. – AFP, 5 Januari, 2018.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen