Kes Covid-19 turun, kata Noor Hisham


Alfian Z.M. Tahir

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 415. Sarawak melaporkan kes kedua tertinggi dengan 296 sementara Sabah pada 131. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 April, 2021.

TERDAPAT penurunan ketara jangkitan Covid-19 baharu hari ini dengan 1,510 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Malaysia melaporkan kenaikan mendadak jumlah kes harian baharu dengan 1,854 kes.

Kes baharu dalam 24 jam terakhir ini meningkatkan jumlah keseluruhan negara menjadi 359,117.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 415. Sarawak melaporkan kes kedua tertinggi dengan 296 sementara Sabah pada 131.

Perlis bagaimanapun merekodkan dua kes baharu setelah mencatatkan sifar jangkitan sejak beberapa hari lalu.

Dari kes baharu hari ini, Noor Hisham berkata hanya lima yang diimport sementara selebihnya adalah jangkitan tempatan.

Mengenai kes pulih, 1,248 orang telah didiscaj menjadikan kes aktif kini pada 15,059, katanya.

Dari kes aktif, 194 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi di mana 81 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat lapan kematian hari ini, menjadikan angka kematian kebangsaan akibat virus kepada 1,321. β€“ 10 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen