Kit Siang dakwa tak pernah buat laporan polis terhadap Apandi Ali


Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak pernah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara itu mengenai skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2021.

PENASIHAT DAP Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini beliau tidak pernah membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lim berkata demikian dalam pemeriksaan balas oleh peguam M.Visvanathan pada hari kelima perbicaraan tuntutan saman fitnah oleh Mohamed Apandi terhadap Lim berhubung satu artikel mengenai skandal 1MDB yang didengar di hadapan Hakim Azimah Omar.

Ketika dicadangkan Lim tidak membuat laporan polis kerana beliau tahu Mohamed Apandi tidak membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB, Lim berkata beliau tidak bersetuju.

Visvanathan: Saya menyatakan kepada anda bahawa anda tidak cukup berani untuk membuat laporan polis pada waktu itu bahawa AG pada waktu itu telah membantu dan bersubahat dalam skandal 1MDB? 

Lim: Saya tidak membuat laporan polis kerana AG mesti bertanggungjawab kepada rakyat. – Bernama, 9 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen