Seorang terbunuh, belon udara panas terhempas di Luxor


Perkhidmatan belon udara panas disediakan kepada pelancong untuk menikmati pemandangan bandar kuno Luxor di Mesir.– Gambar EPA, 5 Januari, 2018.

SEORANG dilaporkan terbunuh selepas belon udara panas yang membawa 20 orang termasuk pelancong terhempas di kawasan bandar kuno Luxor, Mesir pada Jumaat, kata pihak berkuasa keselamatan dan perubatan. 

Laporan kematian itu disahkan oleh media tempatan. 

Gabenor Luxor, Mahmoud Badr mengesahkan kemalangan itu dan memberitahu AFP, beliau berada di hospital di bandar berkenaan untuk melawat mangsa yang dibawa ke sana dan kenyataan rasmi berhubung insiden itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Kemalangan membabitkan belon udara panas bukanlah kali pertama berlaku di Mesir. 

Pada 2013, belon udara panas yang membawa pelancong untuk menikmati keindahan pemandangan udara bandar kuno itu terbakar ketika dalam penerbangan. 

Kemalangan yang dilaporkan berpunca daripada kebocoran gas itu mengorbankan 19 orang. 

Kejadian itu berlaku emat tahun selepas 13 pelancong asing cedera apabila belon udara panas yang dinaiki mereka terlanggar menara komunikasi di Luxor dan terhempas. – AFP, 5 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen