KOREA Utara hari ini menerima tawaran Korea Selatan untuk mengadakan rundingan minggu depan, kata Kementerian Penyatuan yang mengawasi hubungan dengan Pyongyang.
Pertemuan itu akan berlangsung di Panmunjom, perkampungan damai di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan dua semenanjung berkenaan.
Ketegangan kekal tinggi selepas Korea Utara melancarkan pelbagai peluru berpandu pada 2017, termasuk sejumlah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dan ujian atom keenam, yang paling berkuasa setakat ini.
Pendekatan itu susulan amaran pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, beliau memiliki butang nuklear di meja namun pada masa sama bersedia berbincang dengan Seoul dan bakal menghantar pasukan mewakili Olimpik Musim Sejuk di negara itu.
Jurucakap kementerian, Baek Tae-Hyun berkata, agenda perbincangan termasuk Olimpik Pyeongchang dan isu meningkatkan hubungan antara Korea. – AFP, 5 Januari, 2017.
Komen