LHDN serah notis bankrap pada Najib


LHDN serah notis bankrap pada Najib Razak bagi cukai tidak berbayar berjumlah RM1.7 bilion. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 6 April, 2021.

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengemukakan notis kebankrapan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak kerana gagal menyelesaikan cukai tertunggak, lapor Malaysiakini.

Laporan memetik sumber rapat Najib menyebut, notis berkenaan dikemukakan bagi cukai tidak berbayar berjumlah RM1.7 bilion dan pengurusan kes itu akan dijalankan pada 5 Mei.

“Kes ini ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Kuala Lumpur pada 5 Mei ini,” kata sumber yang dipetik.

Ia turut menyebut, pegawai LHDN tampil ke kediaman Najib di Bukit Tunku untuk mengemukakan notis berkenaan secara serahan tangan semalam.

Kerajaan Pakatan Harapan pada 2019 mengemukakan saman bagi memperohi semula bayaran cukai yang didakwa tidak dibayar bagi tempoh antara 2011 hingga 2017.

Dua anak lelaki Najib, Mohd Nazifuddin dan Mohamad Nizar masinng-masing dikenakan saman RM37.6 juta dan RM13.16 juta kerana gagal menyelesaikan bayaran cukai.

Anak perempuannya Nooryana Najwa disaman RM10.3 juta bagi cukai tidak dibayar. – 6 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen