Mahkamah tegur Shafee kecam hakim kes SRC


Hailey Chung Wee Kye

Muhammad Shafee Abdullah ditegur supaya tidak menggunakan perkataan tidak sopan berkenaan hakim menerusi hujahannya dalam permohonan rayuan anak guamnya, bekas perdana menteri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 April, 2021.

KETUA pasukan peguam bela Muhammad Shafee Abdullah hari ini diminta tidak terus mengecam hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mensabitkan Najib Razak bersalah atas semua pertuduhan berkaitan kes SRC International dikenakan terhadapnya, tahun lalu.

Pagi ini, Shafee menuduh Nazlan “tidak cekap” dan penghakimannya terhadap Najib “merosakkan”.

Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mensabitkan bekas perdana menteri itu bersalah atas semua tujuh pertuduhan kes pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan rasuah.

Di Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim Abdul Karim Abdul Jalil mengingatkan Shafee supaya menggunakan perkataan yang sopan bila bercakap tentang hakim mahkamah tinggi.

“Boleh kita guna kenyataan lain? Daripada ‘tidak cekap dan cuai’, ‘penghakiman merosakkan’, boleh atau tidak kita guna ‘kesilapan dalam undang-undang’, ‘salah arah’, sebagai tanda hormat kepada hakim?,” kata Karim kepada Shafee, yang menyambung hujah bagi pihak anak guamnya dari sesi semalam.

Shafee setakat ini berkata Najib tidak diberikan perbicaraan di bawah kendalian hakim yang adil dalam kes itu, menambah Nazlan “tersalah arah” dan menunjukkan berat sebelah yang jelas.

Hari ini ialah hari kedua prosiding permohonan rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya. – 6 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen