6 kluster baharu Covid-19 dikesan, 5 berkait tempat kerja  


Ravin Palanisamy

116 kes baharu dikesan daripada enam kluster yang dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 April, 2021.

ENAM kluster baharu Covid-19 dikenal pasti dalam temph 24 jam lalu yang mana lima daripadanya berkait dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah. 

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada lima kluster tempat kerja, dua dilaporkan di Selangor, manakala selebihnya masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. 

Kluster lain yang dilaporkan hari ini adalah kluster komuniti di Kedah. 

116 kes dilaporkan daripada enam kluster berkenaan yang mana kluster tempat kerja menyumbang 103 kes. 

Dr Noor Hisham berkata kluster tempat kerja Lorong Dua dilaporkan di sebuah kilang di Selangor merekodkan kes paling tinggi iaitu 41. 

Kluster lain yang dikesan di Selangor adalah di sebuah kilang di Hulu Langat yang dikenali sebagai Taman Komersial. 14 kes dikesan melalui kluster ini. 

Kluster Jalan Inovasi melibatkan pekerja kafeteria, menular hingga ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. 14 kes dikesan di sini. 

Di Melaka, kluster Jalan Mata Kuching dilaporkan di sebuah pusat pendidikan yang merekodkan 16 kes. 

Kluster temoat kerja terakhir dikesan di sebuah syarikat perkohidmatan di Seremban 2, Negeri Sembilan yang melaporkan 18 kes. 

Satu-satunya kluster komuniti dilaporkan di Kuala Muda, Kedah yang berpunca daripada acara sosial. Sebanyak 13 kes dikesan daripada kluster ini. 

Dr Noor Hisham berkata enam kluster baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster dalam negara 1,411 yang mana 355 adalah masih aktif. 

Daripada kluster aktif, 48 daripadanya merekodkan kes baharu hari ini. 

Kluster merekodkan kes tertinggi hari ini adalah Jalan Jelawat dengan 34 kes, diikuti Kampung Binyu (34 kes) dan Pulau Enoe (14 kes).

Dr Noor Hisham berkata 10 kluster tamat hari ini, menjadikan jumlah kluster 1,056.– 5 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen