Polis Sri Lanka tingkat kawalan keselamatan sempena Hari Easter


Lebih 12,500 anggota polis bersenjata dengan bantuan tentera dikerah mengawal kawasan hampir 2,000 gereja di Sri Lanka, dengan bantuan tentera. – Gambar AFP, 4 April, 2021.

SRI Lanka meningkat kawalan keselamatan di gereja seluruh negara sempena perayaan Hari Easter hari ini, bagi mengelak berulangnya serangan bom yang mengorbankan 279 orang pada 2019.

Lebih 12,500 anggota polis bersenjata dengan bantuan tentera mengawal kawasan hampir 2,000 gereja di Sri Lanka.

“Kita juga mendapatkan bantuan anggota tentera untuk mengawal dan membuat rondaan, membantu pasukan polis di seluruh negara,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Ajith Rohana.

Sambutan Hari Easter di Sri Lanka pada 2019 digemparkan dengan serangan bom bunuh diri di tiga gereja dan tiga hotel, menyebabkan sekurang-kurangnya 279 orang maut, manakala 500 lagi cedera.

Lebih 200 individu ditahan, tetapi masuh belum didakwa di mahkamah. 

Pihak gereja menggesa kerajaan segera mendakwa pihak yang bertanggungjawab. Ketua gereja Katolik Sri Lanka, Cardinal Malcolm Ranjith memberi temph sehingga 21 April ini supaya kerajaan segera bertindak, atau berdepan bentahan di seluruh negara. – AFP, 4 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen