Harimau Sumatra baham pekerja ladang kelapa sawit Indonesia


Mangsa yang ketika itu sedang mengumpul data mengenai serangga perosak bersama dua rakan sekerjanya sebelum seekor harimau muncul. – Gambar AFP, 4 Januari, 2018.

SEORANG pekerja di ladang kelapa sawit di Indonesia maut selepas diserang seekor harimau Sumatra.

Polis memberitahu, Jumiatik, 30, ditemui mati di ladang di wilayah Riau di Pulau Sumatra semalam dengan luka yang mengerikan di leher dan kakinya.

Mangsa yang ketika itu sedang mengumpul data mengenai serangga perosak bersama dua rakan sekerjanya sebelum seekor harimau muncul dan mengejar mereka sejauh kira-kira 200 meter di ladang itu.

Kedua-dua rakan mangsa yang terselamat memaklumkan pihak berkuasa yang mereka memanjat pokok kelapa sawit tetapi harimau itu menarik kaki Jumiatik dan menariknya ke bawah.

“Jumiatik bergelut dengan harimau itu selama kira-kira 15 minit,” kata ketua polis tempatan, Iptu Rafi.

“Dia cedera teruk di leher dan meninggal dunia.”

Beberapa tahun kebelakangan ini berlaku beberapa kes harimau membunuh manusia akibat pembalakan hutan bagi membina jalan untuk ladang kelapa sawit sehingga memusnahkan habitat haiwan itu.

Harimau Sumatra dianggap amat terancam di mana Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar menganggarkan hanya terdapat 400 hingga 500 ekor di Sumatra. – Gambar AFP, 4 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen