5 daripada 6 kluster baharu libatkan pusat pendidikan dan kilang


Noel Achariam

Lima daripada enam kluster yang dikesan hari ini melibatkan tempat kerja dan satu penularan dalam komuniti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 April, 2021.

PUSAT pendidikan dan kilang adalah lokasi enam kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Lima daripadanya melibatkan tempat kerja dan satu penularan dalam komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Enam kluster itu terletak di Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Pahang dengan jumlah 146 kes.

Kluster tempat kerja:
1. Sungai Ramal, di Hulu Langat, Selangor, melibatkan pusat pendidikan di Taman Sri Kenari, Kajang, dengan 15 jangkitan.
2. Bukit Serdang, di Hulu Langat dan Petaling di Selangor, di sebuah kilang di Taman Bukit Serdang, dengan 29 kes positif.
3. Jalan Teluk Kumbar, di Barat Daya, Pulau Pinang, di sebuah pusat pendidikan dengan 12 kes jangkitan.
4. Kait Gading, di Batu Pahat, Johor, di sebuah kilang di Jalan Wawasan 16, dengan 65 kes positif.
5. Jalan Permas Cetak, di Johor Bahru, Johor di sebuah kilang di Jalan Permai Jaya 9/13, dengan sembilan jangkitan.

Kluster komuniti:
6. Taman Emas, di Lipis, Pahang, nama diberi sempena kawasan perumahan bagi kes indeks di Taman Emas Lipis, dengan 16 jangkitan.

Sementara itu, 55 kluster melaporkan peningkatan kes dalam tempoh 24 jam terakhir.

Kluster yang mempunyai jumlah kes baharu paling tinggi hari ini adalah Jalan Jelawat (105 kes), Kait Gading (64 kes) dan Rimbayan (15 kes). – 1 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen