Rehda gesa Putrajaya lanjutkan kempen beli rumah


Khoo Gek San

HOC yang akan berakhir 31 Mei depan, adalah inisiatif kerajaan merangsang sektor perumahan dan membantu pembeli memiliki rumah, di mana mereka diberikan pelepasan bayaran duti setem. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 April, 2021.

PEMAIN industri hartanah menggesa Putrajaya untuk melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dapat merangsang dan membantu industri itu bertahan sepanjang pandemik Covid-19.

HOC yang akan berakhir 31 Mei depan, adalah inisiatif kerajaan untuk merangsang sektor perumahan dan membantu pembeli memiliki rumah, di mana mereka diberikan pelepasan bayaran duti setem.

Naib Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Ho Hon Sang berkata pembeli rumah dapat berjimat dan tidak perlu membayar duti setem menerusi insentif kewangan HOC.

Sebagai contoh, sebuah rumah berharga RM500,000 dapat menerima potongan antara RM10,000  hingga RM12,000. Kerajaan juga memperkenakan program HOC pada 2019 bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah.

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika Covid-19 pada tahun lalu mendorong kerajaan melancarkan semula HOC bagi menampung impak terhadap ekonomi Malaysia.

Ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaj pemulihan ekonomi jangka pendek (Penjana) pada Jun 2020, HOC dilanjutkan dari 1 Jun ke 31 Mei, 2021.

Tarikh tamatnya hampir tiba menyebabkan ramai pemaju kini menggesa kerajaan melanjutkan lagi program itu.

Menurut kaji selidik hartanah Rehda, program HOC berjaya menyumbang RM25.6 bilion dari 1 Jun, 2020 hingga 28 Februari, 2021.

Ho berkata Selangor menyumbang separuh daripada jumlah itu.

Walaupun jualan agak rendah berbanding 2019, pemaju berkata angka itu terjejas akibat PKP 2.0 yang bermula Januari tahun ini, ketika aktiviti jualan ditangguhkan.

“HOC bukan saja baik untuk pemaju untuk menyelesaikan masalah unit tidak terjual, tetapi ia beri kebaikan kepada pembeli juga,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Ho berkata Rehda secara rasmi membuat permohonan kepada kerajaan untuk melanjutkan HOC ke Disember. – 2 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen