Pilih kasih dalam SOP Covid-19 tak pengaruhi Perikatan pada PRU15, kata penganalisis


Raevathi Supramaniam

Perikatan memiliki daya tarikan tersendiri kerana masih dianggap sebagai kumpulan parti politik Melayu selain peribadi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang masih mendapat sokongan besar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 April, 2021.

MASIH belum diketahui lagi sama ada rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadap bagaimana VIP dan rakyat biasa dilayan apabila melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan memberi kesan kepada pilihan raya akan datang, kata Ibrahim Suffian.

Pengarah Merdeka Center for Opinion Research berkata ketika majoriti rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan bagaimana SOP itu ditetapkan, terdapat isu lain yang lebih besar akan dimainkan pada Pilihran Raya Ke-15 (PRU15).

“Sama ada semua ini bergantung pada pilihan pengundi, kita tidak pasti. Ia tidak dilihat seperti seperti itu, kata Ibrahim.

“Ramai, terutama pengundi Bumiputera yang melihat sudut pandang bahawa mereka tidak menyukai Pakatan Harapan (PH) dan bagi mereka, mereka bersedia berdepan beberapa ketidakcekapan dan kelemahan selagi ada kerajaan yang melindungi masyarakat.

“Perikatan Nasional (PN) nampaknya lebih memuaskan hati pengundi Bumiputera mengenai isu yang lebih besar, walaupun mereka lemah di kawasan lain.

“Orang ramai melihat sesuastu secara relatif. Mungkin ada isu yang mereka tidak berpuas hati tetapi ada perkara lain yang mereka rasa PN dapat memuaskan hati mereka.

“Saya rasa masa boleh mengubah banyak perkara. Apa sahaja yang saya katakan sekarang adalah berdasarkan apa yang kita perhatikan, apa yang sedang berlaku sekarang tetapi keadaan mungkin berubah dalam masa enam bulan,” katanya.

Ibrahim menambah bahawa di sebalik tindakan tertentu yang diambil oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seperti mengisytiharkan darurat, beliau masih memiliki daya tarikan peribadi yang kuat.

“Berdasarkan tinjauan dan penyelidikan, kita perhatikan bahawa Muhyiddin masih terus mendapat sokongan yang cukup besar dalam kalangan pengundi Melayu.

“Walaupun beliau (Muhyiddin) memiliki daya tarikan peribadi yang kuat, Perikatan juga memiliki daya tarikan tersendiri kerana mereka masih dianggap sebagai kumpulan parti politik Melayu, jadi mereka masih mendapat sokongan orang Melayu yang kuat,” katanya.

Dalam tinjauan oleh Pusat Merdeka pada Ogos tahun lalu, 69% pengundi Malaysia berkata mereka berpuas hati dengan prestasi Muhyiddin sebagai perdana menteri sementara 58% berkata mereka gembira dengan prestasi kerajaan Perikatan yang dipimpin oleh PM dan 28% tidak berpuas hati dan marah.

Akan tetapi selepas Umno mengumumkan bahawa mereka akan menarik sokongan terhadap PN apabila Parlimen dibubarkan dan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya, Ibrahim berkata ini mungkin mengubah bentuk pilihan raya.

“Pengundi Bumiputera masih melihat Perikatan terdiri daripada tiga parti besar tetapi perubahan bentuk dalam pilihan raya, kami tidak tahu bagaimana hal itu. Itu mungkin berpecah dari segi pilihan pengundi.

“Ada banyak hal muncul, sama ada sokongan terhadap Umno masih sama, adakah ia menurun, adakah ia akan bertambah baik, terutama jika ada perubahan dalam Umno. Banyak perkara yang sebenarnya tidak dapat dipastikan sekarang,” katanya. – 1 April, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen