Rakyat Malaysia di Singapura rayu kurangkan bayaran, tempoh kuarantin


Angie Tan

Rakyat Malaysia bekerja di Singapura terpaksa menanggung kos tinggi serta tempoh kuarantin yang panjang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mac, 2021.

RAKYAT Malaysia di Singapura merayu agar tempoh kuarantin dipendekkan dan bayaran untuk kuarantin dikurangkan memandangkan kedua-dua negara bekerjasama mengiktiraf sijil vaksin Covid-19 bagi memudahkan rentas sempadan.

Kedua-dua kerajaan minggu lalu mengesahkan sedang mengadakan perbincangan bagi memastikan proses rentas sempadan berjalan lancar selepas sempadan ditutup lebih setahun bagi mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun butiran berhubung rundingan itu masih belum dimuktamadkan.

Rakyat Malaysia Goh Yeek Wee, 40, yang bekerja sebagai pengurus berkata pembukaan semula sempadan masih tidak signifikan sekiranya keperluan kuarantin untuk kembali ke Singapura masih 14 hari.

“Kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terpaksa menanggung kos kuarantin yang tinggi jadi mereka tidak berminat dengan idea itu,” kata Goh yang berasal dari Johor.

“Jadi sekiranya rancangan itu berdasarkan PCA (pengaturan ulang-alik berkala) dan perbezaannya hanya sedikit, tidak masuk akal untuk menerima tawaran itu.”

Beliau turut mempersoalkan sekiranya pelan perjalanan ini hanya terpakai kepada mereka yang sudah divaksin.

“Adalah tidak adil untuk memohon bagi melakukan perjalanan selepas divaksin kerana di Singapura, vaksinasin masih dijalankan berpandukan umur dan jenis pekerjaan,” katanya.

Kedua-dua kerajaan telah melaksanakan pengaturan perjalanan laluan hijau timbal balik (RGL) dan pengaturan ulang-alik berkala (PCA) yang mana hanya sedikit  yang dimohon oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Mereka merungut bahawa halangan utama adalah kemampuan untuk membiaya kuarantin dan cuti tahunan yang tidak mencukupi untuk menjalani kuarantin.

Mereka juga berharap pelan baharu itu akan menyelesaikan isu yang dihadapi. – 31 Mac, 2021.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen