Malaysia rekod 1,133 kes baharu Covid-19, kata KP Kesihatan 


Noel Achariam

Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 401 diikuti oleh Pulau Pinang dengan 194 kes dan Sarawak 153 kes.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mac, 2021.

MALAYSIA hari ini merekodkan 1,133 kes baharu Covid-19, meningkat berbanding 941 kes yang dilaporkan semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Semalam merupakan kali pertama tahun ini jumlah kes jangkitan harian turun bawah 1,000. 

Noor Hisham menerusi Twitter berkata dalam 24 jam lalu, Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 401. 

Ini katanya diikuti oleh Pulau Pinang dengan 194 kes dan Sarawak 153 kes.

Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kepada 344,018.

Jumlah kes pulih turut melebihi kes jangkitan baharu yang mana 1,148 pesakit didiscaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 328,554.

Sebanyak 14,119 kes aktif direkodkan yang mana 161 dirawat di unit rawatan rapi dengan 76 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Lima kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian 1,265.

Kes kematian hari ini melibatkan lima lelaki warga Malaysia dari Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor.

Kesemua mereka mempunyai rekod penyakit kronik dan berusia antara 34 hingga 88 tahun. – 30 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen