PESAWAT pejuang Israel mengebom panngkalan Hamas di Gaza sebagai serangan balas tembakan roket dari penempatan Palestin, kata tentera pada Khamis.
“Sebagai serangan balas roket yang dilancarkan ke atas kawasan selatan komunisi Israel dari Jalur Gaza semalam, pesawat pejuang tentera udara Israel (IAF) mensasarkan serangan ke atas infrastruktur mereka di Jalur Gaza,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Pejuang Palestin di Gaza melancarkan sekurang-kurangnya 20 roket atau mortar ke arah Israel sejak pengiktirafan kontrversi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Enam daripada roket berkenaan berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara Israel, Iron Dome.
Serangan roket seringdilancarkan oleh beberapa kumpulan pejuang Islam, namun Israel tetap meletakkan kesalahan ke atas pemimpin Hamas ke atas ebarang serangan itu dan kini mensasarkan kedudukan Hamas dalam serangan balas mereka. – AFP, 4 Januari, 2018.
Komen