Umno mahu perkukuh undang-undang syariah, kata Zahid 


Chan Kok Leong Hailey Chung Wee Kye Mohd Farhan Darwis Diyana Ibrahim

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu perkukuhkan undang-undang syariah sekiranya Umno memenangi majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang.– Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mac, 2021.

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata mungkin terdapat keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memperkukuhkan undang-undang syariah di Malaysia sekiranya parti itu menang dua pertiga majoriti pada pilihan raya umum.

Beliau berkata ia satu keperluan susulan keputusan mahkamah baru-baru ini yang boleh melumpuhkan sistem undang-undang jenayah Syariah di Malaysia.

“Mungkin kita perlu pinda Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan undang-undang Syariah Islam lebih kukuh dalam sistem perundangan negara kita,” katanya pada ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Beliau berkata keputusan mahkamah mengenai kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan serta membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah syariah boleh melumpuhkan sistem undang-undang jenayah syariah di Malaysia.

Keputusan ini juga boleh menggugat kuasa negeri untuk menggubal enakmen syariah.

“Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengenai kebenaran penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Keputusan tersebut amat menyentuh perasaan umat Islam negara ini.”

Namun katanya keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra Mubarak memberi implikasi jauh lebih mendasar.

“Keputusan tersebut berpotensi untuk membatalkan banyak lagi peruntukan jenayah Syariah yang ada kini. Malah boleh melumpuhkan sistem undang-undang jenayah Syariah di Malaysia.

“Keputusan ini juga boleh menggugat kuasa negeri-negeri untuk menggubal dan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah.”  – 28 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen