Bukan Liverpool, pilih kelab lainlah, seloroh Najib


Raevathi Supramaniam

Najib Razak secara seloroh meminta Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memilih pasukan bola sepak selain Liverpool sebagai contoh kebangkitan semula Umno dalam politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Mac, 2021.

BEKAS perdana menteri Najib Razak secara seloroh meminta Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan memilih pasukan bola sepak selain Liverpool sebagai contoh kebangkitan semula Umno dalam politik.

“Tok Mat boleh pilih kelab lain untuk digunakan sebagai contoh tak?

“Bukan apa. Sebab saya tak sanggup tunggu 30 tahun untuk saksikan Umno berkuasa semula dan lepas itu berkeliaran di mid-table setahun selepas menang,” tulisnya di Facebook.

Namun, ucapan Mohamad ketika merasmikan persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena perhimpunan agung parti hari ini tepat dan padat, katanya.

“Termasuk part yang dia suruh parti tolak pengkhianat dan musuh dalaman serta pihak-pihak luar tidak perlu ajar Umno tentang penyatuan ummah.”

Ketika berucap merasmikan  Wanita, Pemuda dan Puteri pagi tadi, Mohamad berkata mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan Umno mesti yakin dengan kemampuan parti itu untuk jadi induk.

“Bukan pemain kedua yang sekadar dikutip untuk memenuhi kuota, atau bilangan kerusi yang diperlukan.

“Kita nak jadi Liverpool yang menguasai Liga Inggeris. You’ll never walk alone!,” katanya. – 27 Mac, 2021.   


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen