3 dari 8 kluster baharu Covid-18 dikesan di institut pendidikan


Ravin Palanisamy

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata lapan kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini dengan tujuh daripadanya berkaitan dengan tempat kerja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Mac, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan lapan kluster baharu Covid-19 hari ini dengan tujuh daripadanya berkaitan dengan tempat kerja, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata satu kluster tempat kerja masing-masing dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, Labuan, Putrajaya dan Sabah.

Kluster lain yang dikesan hari ini adalah jangkitan komuniti yang dikesan di Sabah.

Katanya, 125 kes berpunca dari lapan kluster ini di mana kluster tempat kerja sahaja berjumlah 114 kes.

Noor Hisham berkata tiga kluster hari ini dikesan di institusi pendidikan yang menyumbang 32 kes.

Kluster pertama antara pusat pendidikan itu dalah Persiaran Maktab, yang dikesan di daerah Klang, Hulu Langat and Gombak, Selangor. Kluster ini melaporkan tujuh kes. 

Seterusnya adalah Paloh Rambai yang merebak di daerah Kota Bahru dan Bachok.

Noor Hisham berkata, kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar dari beberapa institusi pendidikan di Kota Bahru dan sebanyak 20 kes dikesan setakat ini.

Merinding, kluster yang dikesan di Labuan adalah kluster lain yang melibatkan institusi pendidikan. Lima kes positif dilaporkan di sini.

Selain itu Noor Hisham berkata kluster Perusahaan LPK yang dikesan di sebuah kilang di Kuala Muda, Kedah melaporkan kes paling banyak dengan 41 orang disahkan positif Covid-19.

Kluster Tenegang di Kinabatangan, Sabah adalah kluster lain yang melibatkan kilang dan 20 kes dilaporkan di sini.

Kluster Bandar Sri yang dikesan di Kuala Lumpur melaporkan 12 kes sementara kluster Putra Satu yang dikesan di Putrajaya melaporkan sembilan kes.

Satu-satunya kluster berasaskan komuniti dikesan di Kota Belud, Sabah yang melibatkan acara sosial.

Kluster ini mengesan 11 kes koronavirus.

Jumlah kluster di negara ini kini berjumlah 1,322 dengan lapan penambahan baharu.

Sebanyak 394 kluster aktif dan 55 daripadanya masih melaporkan kes baharu.

Antara kluster yang melaporkan sebilangan besar kes hari ini adalah Jalan Faizal dengan 50 kes, diikuti dengan Chupak (47 kes) dan Tanjung Genting (44 kes).

Noor Hisham berkata sembilan kluster tamat hari ini menjadikan jumlah kluster sebanyak 928. – 25 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen