23 orang awam terbunuh serangan udara Rusia di Damsyik


Perang di Syria telah membunuh lebih 340,000 orang dan menyebabkan jutaan yang lain melarikan diri sejak ia bermula pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap protes anti kerajaan. – Gambar fail EPA, 4 Januari, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA 23 orang awam terbunuh pada Rabu dalam kawasan pembangkang pembangkang Syria, Ghouta Timur, berhampiran Damsyik, dengan majoriti maut dalam serangan udara Rusia, kata kumpulan pemantau.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain memberitahu AFP, 18 orang terbunuh semasa serangan Rusia di bandar Misraba, manakala selebihnya meninggal akibat serangan tentera kerajaan.

Ketua badan itu, Rami Abdel Rahman berkata tiga kanak-kanak dan 11 wanita antara yang terkorban.

Perang di Syria telah membunuh lebih 340,000 orang dan menyebabkan jutaan yang lain melarikan diri sejak ia bermula pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap protes anti kerajaan.

Ghouta Timur, sebuah kubu kecil di sebelah timur ibukota Damsyik, sebahagian besarnya dikuasai pemberontak daripada kumpulan Jaish al-Islam.

Rusia mula melancarkan serangan bom pada 2015 sebagai sokongan kepada tentera Presiden Bashar al-Assad.

Pemberontakan tersebut membantu Assad menawan semula perang Syria.

Pihak pemantau bergantung kepada rangkaian pelbagai sumber di Syria dan mengatakan ia menentukan pesawat yang melakukan serangan berdasarkan jenis, lokasi, corak penerbangan dan senjata digunakan. – AFP, 4 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen