Suspek tembak ditahan di kedai runcit Colorado 


Polis menyerbu sebuah kedai runcit di Colorado selepas menerima laporan insiden tembakan. – Gambar EPA, 23 Mac, 2021.

POLIS menyerbu sebuah kedai runcit di Colorado pada Isnin dan menahan seorang elaki susulan laporan insiden tembakan, kata penguatkuasa. 

Pihak berkuasa menerima laporan seorang lelaki ditembak di kawasan parkir sebuah kedai di Boulder. 

“Kes tembakan sedang berlaku di King Sooper. ELAKKAN KAWASAN BERKENAAN,” kata polis Boulder menerusi Twitter sebelum penahanan dibuat. 

Video disiarkan secara langsung menunjukkan seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek tanpa baju ditahan polis dan dibawa keluar daripada kedai berkenaan.

Lelaki berkenaan dilihat bergari dan kakinya mengalami kecederaan. 

Beberapa kereta perisai, sekurang-kurangnya enam ambulans dan puluhan anggota serta pasukan SWAT berada di lokasi kejadian. 

“Pasukan SWAT kami dalam perjalanan untuk bantuan,” kata jabatan syerif Jefferson County menerusi Twitter.

Sebelum itu tular gambar menunjukkan tiga lelaki dipercayai mengalami kecederaan terbaring di hadapan kedai berkenaan sebelum serbuan dibuat oleh pihak polis. – AFP, 23 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen