Presiden Iran beritahu Erdogan rusuhan akan 'tamat' beberapa hari lagi


Erdogan memberitahu Rouhani (presiden Iran) yang “keamanan dan kestabilan” masyarakat Iran perlu dipelihara dan mengatakan beliau bersetuju dengan Iran yang hak protes tidak sepatutnya sehingga “melanggar undang-undang”. – Gambar EPA, 3 Januari, 2018.

PRESIDEN Iran, Hasaan Raouhani pada Rabu berkata kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang beliau berharap rusuhan di negara akan dapat dihentikan dalam masa beberapa hari lagi, kata sumber presiden Turki.

Erdogan memberitahu Rouhani yang “keamanan dan kestabilan” masyarakat Iran perlu dipelihara dan mengatakan beliau bersetuju dengan Iran yang hak protes tidak sepatutnya sehingga “melanggar undang-undang”.

“Presiden Rouhani berterima kasih kepada Erdogan kerana keprihatinannya dan menyuarakan harapan yang protes itu akan berakhir beberapa hari lagi,” kata kenyataan sumber presiden Turki itu.

Kenyataan itu masih belum disahkan pihak Iran,

Turki- yang mengalami protes jalanan menentang Erdogan pada 2013- sebelum ini menyuarakan kebimbangan tentang protes itu dan memberi amaran ia boleh berkembang dengan lebih besar.

Kekecohan yang sudah berlarutan hampir seminggu di Iran adalah cabaran terbesar kepada rejim Islam itu sejak bantahan besar-besaran pada 2009. Rusuhan itu kini sudah menyebabkan 21 orang terbunuh.

Media konservatif Turki sudah menyuarakan bantahan kepada protes itu, menuduh Amerika Syarikat dan sekutunya menjadi dalang untuk mengubah situasi Timur Tengah. – AFP, 3 Januari, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen