PSB dijangka pecah dominasi DAP, SUPP di Sarawak, kata bekas pemimpin PKR


Desmond Davidson

KEMUNCULAN sulung Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam pilihan raya umum negeri akan datang, boleh menggugat DAP dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk memenangi pengundi Cina, kata bekas pengarah pilihan raya dari PRK Sarawak Baharuddin Mokshen.

Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Baha berkata berdasarkan data yang dikumpul, beliau mendapati PSB menumpukan perhatian untuk merebut kerusi kawasan bandar majoriti pengundi Cina berbanding kerusi pengundi Dayak.

“Senarionya mudah. PSB mahu kembali dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Bagi mencapai objektif itu, parti itu perlu menang sebanyak mungkin kerusi kawasan Cina lebih daripada SUPP.

“Dengan demikian, PSB akan menarik perhatian pemimpin GPS yang memerlukan wakil masyarakat Cina dalam kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Walaupun mereka yakin, tidak mungkin PSB boleh menang pilihan raya ini. Dewan Undangan Negeri mempunyai 82 kerusi dan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) memegang 47 kerusi yang sukar dikalahkan.

“Jumlah itu sudah lebih daripada separuh kerusi yang diperuntukkan,” katanya.

“Jadi harapan terbaik mereka adalah mencari jalan untuk menyokong kuasa besar iaitu kembali kepada GPS dengan menunjukkan kemampuan mereka.”

PSB ditubuhkan pada 2014 apabila Parti Rakyat Bersatu (UPP) mengambil ahli SUPP yang dipecat ekoran kontroversi pemilihan parti.

Walaupun ditentang SUPP, parti itu kekal dalam Barisan Nasional dan kemudiannya GPS sehingga mereka ditendang keluar pada Julai 2019.

Mereka berpecah dari GPS selepas dituduh mengambil ahli yang dipecat oleh parti dalam GPS dan menekan ahli mereka.

Dalam dua pilihan raya sebelum ini iaitu pada 2011 dan 2016, kerusi di Pending di Kuching menjadi rebutan antara DAP dan SUPP.

Begitu juga kerusi Kota Sentosa yang merupakan kubu buat DAP di bawah Chong Chieng Jen dan Batu Kawah yang ditadbir presiden SUPP Dr Sim Kui Hian.

Kadang-kala berlaku pertembungan tiga penjuru di beberapa kerusi tersebut tetapi calon ketiga biasanya merupakan calon bebas yang tidak dikenali dan tidak memberi kesan dalam perebutan antara SUPP dan DAP.

Bagaimanapun PSB disebut-sebut bakal menjadi parti yang mampu memecah dominasi DAP dan SUPP di kawasan majoriti pengundi Cina.

“Mereka mempunyai kewangan yang kukuh dan pemimpinnya dikenali rakyat,” kata Baha.

Beliau merujuk kepada Presiden PSB Wong Soon Koh yang merupakan bekas menteri kewangan kedua negeri dan Adun Dudong Tiong Thai King yang merupakan taikun balak.

Selain itu PSB dibarisi Adun Lintang See Chee How, ketua pemuda yang juga Adun Engkilili Johnicol Rayong serta bekas pengerusi PKR negeri Baru Bian yang menyertai parti itu selepas dipecat PKR. – 21, Mac 2021.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen