Pandemik dorong ramai tulis wasiat, rancang hartanah


Khoo Gek San

Pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia sejak lebih setahun lalu dan menyebabkan lebih 2.6 juta terkorban setakat ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 Mac, 2021.

PERMINTAAN untuk perkhidmatan perancang hartanah dan penulisan wasiat meningkat sejak setahun lalu, kata pemain industri.

Pandemik Covid-19 menyaksikan peningkatan 20% dalam perniagaan itu bagi syarikat Rockwills Corp Sdn Bhd, kata presidennya Chong Mok Yong.

Katanya, peningkatan minat dalam mendapatkan khidmat perancang hartanah juga berlaku dalam kalangan pelanggan lebih muda.

Chong berkata menurut Persatuan Pengamal Hartanah dan Amanah (STEP) cawangan Malaysia, jumlah penulisan wasiat akan meningkat 24% setiap kali berlaku krisis, contohnya ketika tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pandemik SARS.

Ia krisis jangka pendek dan permintaan untuk perkhidmatan wasiat tidak lama, tetapi pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia sejak lebih setahun lalu dan menyebabkan lebih 2.6 juta terkorban.

Keadaan ini meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keperluan menyediakan wasiat, kata chong.

Had umur untuk membuat wasiat di semenanjung Malaysia dan Sarawak ialah 18 sementara di Sabah 21 tahun.

Chong berkata beliau pernah menerima pelanggan seorang remaja berusia 18 tahun yang membuat wasiat demi kepentingan ibu bapanya.

Katanya, beliau kagum dengan remaja itu kerana kematangannya walaupun umurnya masih muda.

“Pelanggan itu anak tunggal dan mereka tidak kaya, yang hanya mempunyai sebuah kereta dan rumah. Katanya, beliau tidak mahu ibu bapanya terpaksa berdepan masalah formaliti dengan pihak berkuasa, jika beliau meninggal dunia.

“Jika seseorang meninggal dunia tanpa wasiah, keluarganya akan berdepan dengan isu kewangan menerusi peguam.

“Kebanyakan orang berfikir harta si mati akan dibahagian secara adil kepada ahli keluarga mengikut undang-undang selepas kematian.

“Ia bukan begitu. Jika sayangkan keluarga dan anak-anak, perancangan awal adalah perlindungan yang dapat anda berikan kepada keluarga.”

Chong berkata ada juga pelanggan yang bimbang tentang pendedahan kepada virus Covid-19 dan kemungkinan maut.

Antara kes seperti itu membabitkan seorang bapa yang sering berulang-alik ke China atas urusan perniagaan.

“Pelanggan ini bimbang beliau mungkin dijangkiti, dan banyak dokumen tidak akan dapat ditandatangani ketika tempoh kuarantin. Jika berlaku sesuatu, beliau tidak mahu isteri dan dua anaknya terbeban.” – 16 Mac, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen