Wanita Perancis sertai IS ditangkap di Syria


Emilie Koenig yang menyertai kumpulan militan Islami State kini ditahan di kem Kurdish di Syria. – Gambar fail AFP, 3 Januari, 2018.

SEORANG wanita Perancis, Emilie Koenig disyaki merekrut ahli untuk kumpulan militan Islamic State (IS) yang disenarai hitam oleh Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditangkap oleh tentera Kurdish di Syria, kata ibunya pada Selasa.

Anak perempuannya yang berusia 33 tahun itu “ditahan di kem Kurdish dan disoal siasat dan diseksa,” kata ibunya kepada akhbar Ouest-France.

Koenig pergi ke Syria pada 2014 dan tiga anaknya dilahirkan di negara itu.

Dia dimasukkan ke dalam senarai PBB sebagai pengganas paling berbahaya dan setahun kemudian tersenarai dalam senarai pengganas AS.

Koenig memeluk Islam selepas berkahwin dengan suami pertama, seorang lelaki berasal dari Algeria, yang ditangkap kerana mengedar dadah.

Dia belajar bahasa Arab, menukar namanya kepada Samra dan mula memakai purdah. Dia ke Syria untuk menyertai suami barunya, yang malangnya dibunuh.

Dia pernah muncul dalam beberapa video propaganda yang merayu untuk berjihad “selagi musuh masih ada.”

Ibu Koenig berkata dia mahu pulang ke Perancis dan meminta maaf kepada keluarga, rakan-rakan dan negaranya. – AFP, 3 Januari, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen