2 maut, 13 cedera ditembak di Chicago


Kesan tompokan darah di lokasi kejadian tembakan di di bandar Chicago yang meragut 2 nyawa, manakala 13 yang lain cedera semalam. – Gambar AFP, 15 Mac, 2021.

DUA orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 13 yang lain cedera dalam insiden tembakan di bandar Chicago Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, lapor Sputnik.

“Seramai 15 orang ditembak, dua daripadanya terbunuh, empat senapang dijumpai di lokasi kejadian,” kata Penguasa Polis Chicago David Brown kepada wartawan.

Menurut media AS, seorang penembak melepaskan tembakan dalam satu pesta yang diadakan di sebuah syarikat penunda kenderaan, kira-kira pukul 4.40 pagi (09.40 GMT). 

Polis masih menjalankan siasatan. – Bernama, 15 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen