PENUTUPAN sempadan antarabangsa Malaysia sejak Mac tahun lalu untuk mengekang penularan Covid-19 telah menyebabkan 400,000 hingga 500,000 rakyat Malaysia terkandas di Singapura.
Ramai pekerja yang berulang-alik antara Johor dan Singapura setiap hari terperangkap dengan langkah itu, dengan banyak yang memilih untuk kembali ke Singapura pada malam sebelumnya agar tidak kehilangan sumber pendapatan mereka.
Mereka juga berpendapat penutupan sempadan hanya akan berlangsung beberapa minggu, atau paling lama hanya bulan.
Liew Chee Ming, 39, berkata beliau sebelum ini berulang kali ke luar negera untuk bekerja namun situasinya berbeza pada 17 Mac 2020, kerana tidak ada masa untuk bersiap dan mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.
“Saya masih ingat pada hari itu, saya sedang menunggu untuk melintas Crossway dan saya menangis kerana saya sangat cemas.
“Kadang-kadang kami dengar beberapa komen negatif, mengatakan kami memilih untuk tinggal di Singapura dan perlu tanggung akibatnya.
“Mereka tak salah, tetapi meninggalkan rumah adalah pilihan yang sukar untuk dibuat dan kami buat untuk bertahan, sebab kami tak ada pilihan lain,” kata Liew, yang bekerja dalam bidang logistik.
Beliau berkata sebelum pandemik perjalanan kerjanya hanya perlu siapkan mentak untuk tinggalkan rumah beberapa jam sahaja. Liew tidak pernah menyangka beliau tidak akan pulang selama setahun.
“Kami masih belum tahu bila kami boleh pulang, rasanya macam lama,” katanya.
Bagi Simon Teng, 43, melintas sempadan untuk bekerja adalah urusan harian sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama termasuk penutupan sempadan.
“Kira-kira tengah hari 16 Mac tahun lalu, jabatan sumber manusia syarikat beritahu kami untuk segera berkemas untuk perjalanan. Selepas itu, saya tolong anak-anak saya kemas pakaian mereka dan membelinya beberapa barang keperluan harian sebelum menghantarnya kepada ibu mertua.
“Saya mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak saya di tengah-tengah terburu-buru sambil menahan tangisan, memberitahu mereka (penutupan sempadan) tidak akan lama,” kata juruteknik penghawa dingin itu.
Teng berkata beliau telah mengirimkan wang kepada ibunya di Sarawak, tetapi menegaskan ibunya menolak dan menyuruhnya menyimpan wang itu.
“Saya tak dapat pulang ke rumah (Sarawak) selama tiga tahun sekarang, saya kehilangan masa berharga dengan ibu saya. Saya hanya boleh berharap kesihatan dan kebahagiaannya.
“Saya ada berfikir untuk pulang ke rumah, akibatnya saya tak peduli, tetapi akhirnya saya fikir lebih baik simpan wang untuk keluarga saya daripada membelanjakannya untuk kuarantin,” katanya.
Kini, Teng berkata, semua yang beliau lakukan hanyalah bekerja dan tidur.
“Tidak akan kembali ke hari-hari bahagia sebelum wabak ini. Sekarang saya hanya berharap dapat segera minta cuti dua minggu apabila sempadan dibuka lagi sehingga saya dapat kembali ke Malaysia, membawa keluarga saya kembali ke Sarawak untuk bersatu semula dengan ibu saya, dan kemudian menziarahi kubur ayah saya,” katanya.
Sementara itu, Eng Kok Siang, 40, berkata beliau telah mengumpul banyak hari cuti kerana tidak dapat pulang ke rumah, dan berharap dapat memohon cuti panjang untuk melepaskan beban dirinya bila mampu.
Eng, dari Muar, Johor, berkata beliau hanya pulang satu atau dua kali sebelum pandemik. – 14 Mac, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen